Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan"
HR Bukhari (no.98)

tentang dawah masterclass

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un

‎ٱلَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوا۟ إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Antara doa yang paling kerap didengari (& dilihat di medsos) adalah doa ini sejak pandemik COVID-19

Pemergian para ilmuan, asatizah adalah sesuatu yang harus dikhuatiri & diambil perhatian di kalangan umat Islam

Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan". HR Bukhari (no.98)

Menyedari hakikat ini, suatu inisiatif perlu dilaksanakan dalam usaha memelihara ilmu, hikmah serta pendekatan para asatizah bagi memastikan generasi akan datang dapat mengambil manfaat dengan meneruskan pembelajaran dengan lebih sistematik dan berkesan.

KEPENTINGAN ILMU


“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),”- Surah Al’Alaq 96:1

Penurunan wahyu pertama (Surah Al’Alaq 96:1-19) kepada Rasulullah ﷺ memberikan pesanan yang penting kepada kita bahawanya kepentingan beriman dengan ilmu.

Antara cara yang paling berkesan untuk mengukuhkan aqidah & ketakwaan umat Islam adalah kembali kepada ajaran Al-Quran & As-Sunnah, dan mempelajari cabang-cabang ilmu Islam yang lain supaya kita boleh menjadi Muslim yang soleh dan mendapat keredaan di sisi Allah S.W.T.

Nabi ﷺ bersabda “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi ﷺ) - (HR Imam Malik)

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD ﷺ



“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami katakataku dari mereka yang terus mendengar dariku.” -Khutbah terakhir Nabi Muhammad ﷺ

KEPENTINGAN PEMBELAJARAN BERSTRUKTUR & SISTEMATIK



Allah S.W.T berfirman “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”- Surah As-Saf 61:4

Adalah jelas bahawanya penting untuk mempunyai sistem yang teratur bukan sahaja semasa beribadah dengan cara (dan saf) yang teratur, malahan termasuk dalam isu muamalat, kerjaya, usaha dakwah dan pembelajaran.
Oleh demikian, Dawah Masterclass ditubuhkan dengan matlamat yang jelas;

  • Membekalkan pembelajaran sistematik
  • Meningkatkan kualiti ilmu umat Islam
  • Memelihara ilmu & cara penyampaian para ilmuan & asatizah
  • Memperluaskan usaha dakwah, dan
  • Meningkatkan mutu penyampaian dakwah

Allah S.W.T berfirman “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”- Surah As-Saf 61:4

Adalah jelas bahawanya penting untuk mempunyai sistem yang teratur bukan sahaja semasa beribadah dengan cara (dan saf) yang teratur, malahan termasuk dalam isu muamalat, kerjaya, usaha dakwah dan pembelajaran.
Oleh demikian, Dawah Masterclass ditubuhkan dengan matlamat yang jelas;

  • Membekalkan pembelajaran sistematik
  • Meningkatkan kualiti ilmu umat Islam
  • Memelihara ilmu & cara penyampaian para ilmuan & asatizah
  • Memperluaskan usaha dakwah, dan
  • Meningkatkan mutu penyampaian dakwah

Moga usaha Dawah Masterclass dapat memberi manfaat yang besar kepaada umat Islam. Mudah-mudahan dengan ilmu mulia yang berlandaskan ajaran Al-Quran & As-Sunnah dapat memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang lebih benar sekaligus membentuk diri kita menjadi manusia yang lebih baik dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Insyallah

ILMU DI HUJUNG JARI ANDA