FIQH MUAMALAT Kewangan Islam
Write your awesome label here.
Lesson series
-
Trainer: Ustaz Ezry Fahmy
-
Level: Beginner-friendly
-
Total Videos: 12 videos
-
Duration: 2 hours 22 mins
-
Kuiz & Tugasan
MENGENAI KURSUS
Mengenal pasti asas kewangan Islam termasuk kaedah mengenalpasti sumber pendapatan yang mungkin mengandungi unsur haram yang tersembunyi & memastikan setiap transaksi harian anda adalah halal & patuh Syariah
SIJIL DISERTAKAN
Dapatkan & Kumpulkan Sijil Anda

Pembelajaran Kendiri
Pengenalan
Apakah punca majoriti umat Islam lemah dalam pengurusan dan perancangan harta dan apakah solusinya? Zaman ini kita semua terdedah dengan pelbagai jenis produk atau instrumen kewangan yang adakalanya kelihatan sangat kompleks untuk difahami oleh orang awam.
Justeru kursus asas ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada masyarakat agar terlebih dahulu memahami asas dalam kewangan Islam serta menambah ilmu halal dan haram tentang pengurusan dan perancangan harta. Ilmu asas ini amat penting bagi kepada kita (termasuk ahli keluarga kita) agar selamat daripada kerugian di dunia dan di akhirat.
Persoalannya, adakah kita sudah mempunyai sekurang-kurangnya ilmu yang asas untuk memastikan sebarang transaksi kewangan harian dan pengurusan harta kita bebas daripada sebarang unsur-unsur atau elemen-elemen yang haram?
Sesuai untuk
Graduan yang baru memasuki alam kerjaya, baru mendirikan rumah tangga ataupun telah bersara sebagai penjawat awam atau pekerja swasta.
Sesuai untuk anda yang ingin mengetahui bagaimana kaedah memastikan dan menguruskan harta dengan cara yang halal dan patuh Syariah
Sesuai untuk anda yang ingin mengetahui bagaimana kaedah memastikan dan menguruskan harta dengan cara yang halal dan patuh Syariah
Hasil
- Mempelajari asas kewangan Islam dan cara mengaplikasikan ilmu ini dalam aspek pengurusan dan perancangan harta untuk mengelakkan kerugian
- Memberi hujah berasaskan analogi-analogi mudah supaya anda dapat memahami isu yang dibincangkan dengan lebih mendalam
- Bagaimana mengaitkan ilmu dengan kontrak, produk dan perkhidmatan yang anda lihat, guna atau langgan di dalam kehidupan seharian.
Ustaz Ezry Fahmy
Pendakwah
Ustaz Ezry Fahmy pernah berkhidmat sebagai pegawai Syariah di beberapa jenis institusi kewangan Islam seperti Hong Leong Islamic Bank Berhad, Maybank Islamic Bank Berhad serta Guidance Investments.
Pengalaman dan pendedahan dalam dunia kewangan global diraih oleh beliau sewaktu aktif menguruskan hal ehwal melibatkan kepatuhan Syariah untuk dana-dana dengan aset dibawah pengurusan bernilai lebih US$1 bilion di Amerika Syarikat, Negara-negara Teluk (GCC), Afrika dan Asia. Daripada situ beliau kini cuba untuk mengaplikasi pula pengalamannya (ketika terlibat dalam proses pengurusan risiko tidak patuh Syariah, melalui penglibatan meluas dalam membentuk Kerangka Tadbir Urus Syariah dan Polisi Kepatuhan Syariah untuk sebuah perbankan terbesar di ASEAN) ke dalam bab perancangan dan pengurusan harta melibatkan individu dan masyarakat awam dalam bahasa yang mudah dan praktikal.
Peluang beliau berkhidmat di dalam sebuah perbankan Islam yang merupakan antara terbesar dari sudut saiz aset di dunia kini memberinya kefahaman praktikal kepada produk dan instrumen kewangan halal yang ditawarkan di pasaran kepada masyarakat awam
Membership Dawah Masterclass
Langgan & dapatkan akses penuh kesemua kursus Dawah Masterclass dengan pilihan langganan bulanan serendah RM 9.90 sebulan atau langganan tahunan dengan hanya RM 5.90/bulan (dibil tahunan).
Membership Dawah Masterclass
Langgan & dapatkan akses penuh kesemua kursus Dawah Masterclass dengan pilihan langganan bulanan serendah RM 9.90 sebulan atau langganan tahunan dengan hanya RM 5.90/bulan (dibil tahunan).
BULANAN
Membership Bulanan
$9.90/bulan
Sehari $0.33 sahaja!
Anda akan menikmati:
-
AKSES PENUH KESEMUA KURSUS
-
UNLOCK KURSUS ADVANCED
-
AKSES TANPA HAD MASA
-
KURSUS BARU BULANAN
-
PEMBELAJARAN FLEKSIBEL
-
AKSES DI SEMUA PERANTI PINTAR TERMASUK APLIKASI
-
30-HARI MONEY-BACK GUARANTEE
-
BATAL BILA-BILA MASA, TIADA IKATAN
TAHUNAN
Membership Tahunan
$5.90/bulan
Dibil Tahunan- Jimat $47.30
Anda akan menikmati:
-
AKSES PENUH KESEMUA KURSUS
-
UNLOCK KURSUS ADVANCED
-
AKSES TANPA HAD MASA
-
KURSUS BARU BULANAN
-
PEMBELAJARAN FLEKSIBEL
-
AKSES DI SEMUA PERANTI PINTAR TERMASUK APLIKASI
-
30-HARI MONEY-BACK GUARANTEE
-
BATAL BILA-BILA MASA, TIADA IKATAN
Kandungan Kursus
Frequently asked questions
Apakah itu Dawah Masterclass?
Dawah Masterclass adalah platform pembelajaran Islam berstruktur yang membolehkan sesiapa sahaja menonton dan mendengar video pembelajaran yang diajar oleh para ustaz, dae'i dan pakar dalam bidang tertentu yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan agama Islam.
Apakah yang termasuk dalam setiap kursus?
Untuk memastikan anda mempunyai pengalaman belajar yang terbaik, setiap kursus diajar secara langkah demi langkah. Kuiz dan penilaian juga disediakan untuk anda bagi menanda aras tahap kefahaman secara kendiri. Sebagai tanda penghargaan selepas berjaya menamatkan setiap kursus, anda akan dianugerah & memperolehi e-sijil.
Di manakah saya boleh menonton dan belajar?
Di mana-mana & pada bila-bila masa sahaja! Course Player kami adalah responsif sepenuhnya sehingga anda dapat mengikuti kursus Dawah Masterclass dari mana-mana telefon pintar, tablet, komputer, dan SmartTV!
Kursus mana satukah yang sesuai untuk saya?
Dawah Masterclass berusaha untuk menawarkan setiap mata pelajaran ataupun cabang ilmu pengetahuan dalam khazanah ilmu agama Islam, termasuk tauhid, hadis, sirah, tadabbur, fiqh, kursus bimbingan mualaf, perbandingan agama dan banyak lagi. Setiap kelas telah dirancang secara teratur agar dapat dipelajari oleh semua meskipun oleh golongan yang tidak mempunyai pengalaman. Insya-Allah, dengan kursus-kursus baru yang dilancarkan secara berkala, anda boleh mempelajari kemahiran dakwah secara praktikal, melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agama Islam dengan lebih berkesan, dan mendapat manfaat ilmu setiap hari.
Siapakah Tenaga Pengajar Dawah Masterclass?
Kami mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan pakar dalam bidang pengkhususan tertentu yang layak menyampaikan ilmu dalam kursus masing-masing. Anda boleh membaca latar belakang tenaga pengajar Dawah Masterclass di halaman web berkaitan mereka dalam platform kami.
Di manakah saya boleh menonton & belajar?
Menerusi Dawah Masterclass, anda boleh belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa. Anda juga boleh menonton video pembelajaran anda pada telefon pintar, tablet dan komputer peribadi anda.
Bilakah saya boleh mulakan pembelajaran saya?
Setiap kursus dalam Dawah Masterclass adalah dalam bentuk rakaman dan pembelajaran berstruktur. Anda boleh memulakan pembelajaran anda sejurus setelah memilih kursus pilihan anda dengan hanya beberapa klik.
Adakah kursus-kursus sesuai untuk pemula, beginners?
Ya, setiap kursus di platform Dawah Masterclass direka khas dengan pembelajaran langkah demi langkah dan merangkumi asas kefahaman yang perlu diketahui oleh setiap umat Islam.
Berapa lamakah masa yang saya perlukan untuk melengkapkan kursus saya?
Setiap kursus di Dawah Masterclass adalah dalam lingkungan purata selama 3 jam. Anda boleh memilih untuk melengkapkan kursus pilihan anda mengikuti tahap keselesaan anda dan menonton ulangan pada bila bila masa.
Adakah tarikh akhir (deadline) untuk melengkapkan kursus?
Setiap kursus mempunyai tarikh liput selama 30 hari selepas pendaftaran, kecuali dengan pendaftaran pelan langganan. Anda boleh mengikut kadar masa anda sendiri dan tahap keselesaan anda. Namun demikian, untuk mendapatkan pembelajaran yang terbaik, kami mencadangkan anda untuk melengkapkan kursus pilihan anda dalam masa tidak lebih dari 3 hari.