SIHIR
DOSA BESAR KEDUA: Adapun sihir yang disebutkan di dalam hadis, maksudnya adalah perkataan dan perbuatan yang bertentangan dengan kaedah atau dasar ajaran Islam. Atau juga yang bertentangan dengan norma-norma syariat Islam. Olen kerana itu, ahli fiqh mendefinisikan sihir sebagai perkataan yang disusun yang dengannya seseorang makhluk dinisbatkan dan mengangungkan selain Allah S.W.T (dan bahkan kepadaNya jualah seluruh ketentuan).
Tidak diragukan lagi bahawasanya sihir adalah sebuah dosa besar dan termasuk dosa besar yang paling buruk. Bahkan terkadang menjadi bentuk murtad yang jelas. Hal ini terlepas dari pengaruh yang ditimbulkannya. Dan kerana memang khusus milik-Nya adalah kafir.
orang yang mengagungkan selain Allah S.W.T dengan sifat yang telah dinukil dari sebahagian mereka yang menggeluti profesi penyihir bahawa mereka mencela yang namanya Tuhan dan bersujud kepada selainnya. Di antara mereka ada yang meletakkan mushaf al-Quran di bawa kakinya dan ada juga yang menghina para malaikat dengan caci maki.
Kemudian ada di antara mereka yang memberikan sifat Allah S.W.T dengan yang tidak layak dengan-Nya. jadi jelas bahawa seluruh tindakan tersebut adalah sikap murtad yang nyata dan kekufuran yang keji. Disimpulkan bahawa sihir merupakan kejahatan yang paling dahsyat, baik mengakibatkan pengaruh buruknya atau tidak.
Kemudian ada di antara mereka yang memberikan sifat Allah S.W.T dengan yang tidak layak dengan-Nya. jadi jelas bahawa seluruh tindakan tersebut adalah sikap murtad yang nyata dan kekufuran yang keji. Disimpulkan bahawa sihir merupakan kejahatan yang paling dahsyat, baik mengakibatkan pengaruh buruknya atau tidak.
Sebahagian ahli fiqh menafsirkan sihir sebagai sebuah perkara luar biasa yang timbul kerana sebab yang biasa. Kemudian sebab tersebut jika memang merupakan ungkapan-ungkapan yang buruk dan keji, maka hal tersebut adalah murtad. Namun jika sebab itu adalah ungkapan-ungkapan yang terlepas dari kekejian dan keburukan, seperti nama-nama Tuhan atau menggunakan huruf-huruf yang tidak bertentangan dengan agama, lalu jika menimbulkan pengaruh berupa bahaya atas orang yang dizalimi atau merosakkan harta dan jiwa, maka termasuk dari perbuatan yang diharamkan.
Kesimpulannya adalah jika sihir tersebut merupakan perkataan dan perbuatan yang bertentangan dengan agama dan menyatakan bahawa pelakunya adalah kafir, maka termasuk dari kekufuran. Hal ini terlepas dari apa yang ditimbulkan dari berbagai pengaruh. Jika perkataan dan perbuatan tersebut adalah diharamkan, maka hukumnya haram. Adapun jika boleh, maka harus dipertimbangkan dulu dari berbagai pengaruh yang ditimbulkannya. Jika pengaruhnya haram, maka haram hukumnya. Jika tidak, maka tidak. Jadi itu adalah hukum yang diutarakan oleh ahli fiqh mengenai sihir dan hampir disepakati di berbagai mazhab. Alasannya adalah kerana merupakan hukum yang sahih dan benar.
Banyak dari para ulama yang membahas tentang hakikat sihir. Sebahagian mereka berkata: sihir adalah takhayyul dan bukan sebuah hakikat nyata. Pendapat ini dipegang oleh majoriti para ulama. Di antaranya adalah al-Astarbadzi dari ulama Syafi'iyyah dan Abu Bakar al-Razi dari ulama Hanafiah, Ibn Hazm serta ulama lainnya.
Golongan ulama tersebut menegaskan bahawasanya sihir merupakan bahagian dari khayalan semata. Namun menurut majoriti ulama, sihir memiliki hakikat dan kenyataan yang menimbulkan berbagai pengaruh nyata. Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua bahagian. Golongan pertama mengatakan bahawa seluruh pengaruh yang ditimbulkan sihir terbatas dan terkadang mempengaruhi sebahagian diri manusia. sementara golongan kedua adalah yang mengatakan bahawa pengaruh yang ditimbulkan tidak terbatas. Ertinya, dengan sihir terkadang haiwan dapat berubah wujud menjadi manusia atau sebaliknya.
Sebahagian ulama tahqiq mengatakan bahawa sihir merupakan salah satu perbuatan yang digunakan ole manusia untuk memperlihatkan berbagai perkara yang bukan akikatnya, di alam nyata. Dan terkadang sebahagian jenis sihir memiliki pengaruh atas sebahagian jiwa dan fizikal. Ini adalah pendapat para ulama tahqiq. Dalam masalah ini, setiap peneliti harus melihat kepada kenyataan dan menempatkan pandangan yang sahih sebagai acuan tentang hukum sihir.
Sebahagian ulama tahqiq mengatakan bahawa sihir merupakan salah satu perbuatan yang digunakan ole manusia untuk memperlihatkan berbagai perkara yang bukan akikatnya, di alam nyata. Dan terkadang sebahagian jenis sihir memiliki pengaruh atas sebahagian jiwa dan fizikal. Ini adalah pendapat para ulama tahqiq. Dalam masalah ini, setiap peneliti harus melihat kepada kenyataan dan menempatkan pandangan yang sahih sebagai acuan tentang hukum sihir.
Apakah ada sejumlah bukti dan dalil yang menyatakan bahawa sihir mengakibatkan timbulnya berbagai pengaruh yang benar-benar ada? Dan apakah ada dalil-dalil dari al-Quran dan sunah yang menunjukkan hal tersebut?
Kenyataannya adalah bahawa yang telah dikenal luas dalam dunia sihir adalah penduduk mesir kuno. Hal ini telah dijelaskan oleh al-Quran di mana Fir'aun telah menghimpun seluruh para penyihir handal. Lantas seperti apa urusan mereka jadinya? Ternyata mereka tidak mempraktikkan kecuali hanya sebatas khayalan sahaja yang tidak memiliki hakikat atau kenyataan. Allah S.W.T berfirman: "Berkata Musa: "Silalah kamu sekalian melemparkan." Maka tiba-tiba tali-tali dan tongkat-tongkat mereka, terbayang kepada Musa seakan-akan a merayap cepat, lantaran sihir mereka. " (Surah Thahaa: 66)
Jelas bahawa ayat di atas menyatakan bahawasanya para penyihir Firaun adalah para penyihir yang handal dan sangat mahir. Namun mereka tidak dapat melakukan kecuali hanya sebatas khayalan yang tidak memiliki hakikat. Jika memang sihir memiliki pengaruh yang nyata, maka sudah pasti para penyihir Firaun tersebut menampilkan aksi mereka yang diharapkan. Tapi, nyatanya tidak sama sekali. Kenyataannya adalah bahawa ayat di ats menunjukkan bahawa sihir sebatas khayalan seperti yang dilakukan oleh penyihir Firaun. Ini adalah hujah dari argumentasi golongan pertama yang mengatakan bahawa sihir merupakan khayalan semata yang tidak memiliki hakikat.
Adapun golongan kedua, di antara hujahnya adalah kisah Harut Marut yang disebutkan di dalam al-Quran: "Padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitanlah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut." (Surah al-Baqarah: 102)
Adapun golongan kedua, di antara hujahnya adalah kisah Harut Marut yang disebutkan di dalam al-Quran: "Padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitanlah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut." (Surah al-Baqarah: 102)
Akan tetapi ayat di atas tidak dapat dijadikan hujah bagi mereka, kerana ayat tersebut tidak membahas secara langsung mengenai hakikat sihir. Di dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa sihir merupakan salah satu jenis fitnah atau tipu muslihat yang digunakan oleh sebahagian para pengadu domba agar dapat memisahkan pernikahan pasangan suami isteri. Oleh kerana itulah, ayat di atas berbicara tentang berbagai pengaruh yang ditimbulkan perbuatan mereka. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya." (Surah al- baqarah: 102)
Jadi pengaruh yang ditimbulkan oleh perbuatan mereka hanyalah untuk memisahkan atau menceraikan antara suami dari isterinya. Jadi masalah ini terkandang timbul tanpa perbuatan sihir yang di luar kebiasaan manusia. dan di ayat di atas tidak ditemukan adalah hujah yang menunjukkan bahawa sihir memilki pengaruh hakiki. Jadi, dalil mereka satu-satunya adalah yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah, tentang keberadaan Rasulullah S.A.W yang pernah disihir.
***Sumber rujukan: Kitab Dosa-Dosa Besar, Fiqh 4 Mazhab, Juzuk 4,5 oleh Syaikh Abdul Rahman al-Jazairi