Admin

Dosa Besar Dalam Islam 3

MEMBUNUH JIWA YANG DIHARAMKAN

OLEH Allah S.W.T KECUALI DENGAN DASAR KEBENARAN

DOSA BESAR KETIGA: Muslim mana yang tidak mengetahui bahawa membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah S.W.T, adalah sebuah tindakan kejahatan yang begitu keji dan dahsyat.

Bahkan tindakan kejahatan yang jelas memiliki pengaruh buruk terhadap masyarakat. Dalam hal larangan untuk melakukannya, dijelaskan di dalam firman Allah S.W.T: "

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya."
(Surah al-Nisa: 93)


***Sumber rujukan: Kitab Dosa-Dosa Besar, Fiqh 4 Mazhab, Juzuk 4,5 oleh Syaikh Abdul Rahman al-Jazairi

Belajar ilmu agama Islam sekarang! Platform pembelajaran berstruktur, belajar perbandingan agama, fiqh, hadis, teknik berdakwah, pengurusan kewangan Islam dan banyak lagi!

Created with