Admin

Dosa Besar Dalam Islam 4

MEMAKAN RIBA

DOSA BESAR KEEMPAT: Muslim mana yang tidak mengetahui bahawa memakan harta riba termasuk dari dosa besar yang diharamkan untuk dilakukan. Hal itu disebabkan kerana perbuatan tersebut memiliki dampak buruk yang menguras harta orang-orang rendahan dan memerlukan. ertinya, riba termasuk usaha untuk membuat kaya orang-orang yang kaya dengan cara yang zalim. Harta tersebut, tentunya dijadikan mereka sebagai hak milik setelah merampasnya dengan cara yang halus.

Allah S.W.T berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu." (Surah al-Nisa: 29)

Riba adalah perkara yang disepakati keharamannya oleh seluruh agama samawi. Adapun faktor yang mengaramkannya sangat banyak sekali. Riba sendiri termasuk dari perkara yang dapat menghalangi manusia untuk melakukan hal-hal bermanfaat

Orang yang memiliki harta jika dalam mengembangkan hartanya dan mencari keuntungan, ia menggunakan metode riba, maka akan mudah baginya untuk mengais rezeki hidup ini. dengan begitu, ia akan cendrung bermalas-malasan dan ketamakannya untuk mengumpulkan harta dengan riba begitu menggebu-gebu tanpa jalan yang benar. Dengan begitu, ia pun kian terobesesi untuk menguasai hak- hak orang lain tanpa ada belas kasihan. mahu tidak mau, akhirnya jurang pemisah antara yang miskin dan yang kaya semakin lebar di dalam sebuah masyarakat bahkan Negara.

Tidak diragukan lagi bahawa yang namanya riba dapat menimbulkan permusuhan yang melas dan kebencian yang mengakar di antara sesama manusia. bahkan di dalam al-Quran, Allah S.W.T selalu mengiringi larangan memakan harta manusia secara batil, dengan larangan membunuh jiwa. Hal itu disebabkan kerana perbuatan riba dapat membawa kepada pembunuhan orang lain dan penumpahan darah kerana harta benda semata. Selain itu, kerana memang riba adalah tindakan yang mengambil harta tanpa ada ganti yang merupakan jenis kezaliman yang diharamkan oleh Allah S.W.T.

Kemudian riba termasuk dari usaha menguasai harta orang lain tanpa jalan yang disyariatkan. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sendiri bersabda: "Setiap muslim dengan muslim lainnya adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." Maksudnya adalah haram untuk diambil secara zalim hartanya, dinodai kehormatannya dan ditumpahkan darahnya. Akibat yang ditimbulkan riba adalah kehancuran, dan kebinasaan.

Allah S.W.T berfirman: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah." (Surah al-Baqarah: 276)

Allah S.W.T sendiri telah memberikan ancaman keras kepada mereka yang memakan riba dan tidak bertaubat. laitu mereka dapat diperangi di dunia dan diberikan seksa yang pedih di hari kiamat. Allah S.W.T berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (wang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.* Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. " (Surah al-Baqarah: 278-279)

Yang paling layak dilakukan oleh seorang muslim adalah mencari tahu tentang sumber-sumber pengembangan hartanya dengan jalan yang disyariatkan agar kehidupannya berada di jalur yang benar. ertinya, dalam menjalani hidupnya, ia tidak menggunakan cara yang merugikan orang lain, terlebih lagi jika korbannya fakir miskin.


***Sumber rujukan: Kitab Dosa-Dosa Besar, Fiqh 4 Mazhab, Juzuk 4,5 oleh Syaikh Abdul Rahman al-Jazairi

Klik untuk teruskan bacaan DOSA BESAR 5...

Belajar ilmu agama Islam sekarang! Platform pembelajaran berstruktur, belajar perbandingan agama, fiqh, hadis, teknik berdakwah, pengurusan kewangan Islam dan banyak lagi!

Created with