MEMAKAN HARTA ANAK YATIM
DOSA BESAR KELIMA: Muslim mana yang tidak mengetahui bahawa memakan harta anak yatim adalah sebuah tindakan kejahatan yang paling hina. Dosa besar ini tidak dilakukan kecuali oleh orang-orang yang hina yang telah dicabut sifat kasih sayangnya dan kemanusiaannya dari hatinya. ertinya, keberadaan mereka tidak ubahnya seperti haiwan pemangsa nan ganas. Bahkan mereka termasuk manusia yang lebih bejat dan hina daripada haiwan itu sendiri.
Jenayah memakan harta anak yatim merupakan tindakan muamalah yang paling keji dan paling besar bahayanya. Hal itu disebabkan kerana dapat mengakibatkan kepada timbulnya ragam bahaya yang sangat fatal. Oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah melarang tindakan memakan harta anak yatim dengan tegas. Firman Allah Subhanahu wa Taala: "Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah baligh) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar." (Surah al-Nisa: 2)
Allah Subhanahu wa Taala berfirman di ayat lainnya: "Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Sesiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan sesiapa yang miskin, maka bolehlah a makan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu). (Surah al-Nisa: 6)
Yang menjadi kewajipan secara syariat adalah agar si penjaga anak yatim dapat melindungi harta anak yatim dengan mengembangkannya. ertinya tidak dibenarkan baginya untuk menggunakannya untuk kepentingan dirinya meskipun hanya sedikit. Kecuali dalam dalam keadaan yang mendesak sekali dan ia hanya dibenarkan untuk mengembilnya sesuai dengan keperluannya tapa berlebihan.
Seluruh pendapat sepakat menyatakan bahawasanya harta anak yatim tidak halal bagi si pengasuh anak yatim di mana tidak diperkanan baginya untuk mengambilnya meskipun sedikit. Tujuannya adalah agar hubungan baik dan kasih sayang di antara sesama manusia tetap berlangsung. Allah Subhanahu wa Taala berfirman di dalam al-Quran: "Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka bimbang terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar." (Surah al-Nisa:9)
Allah Subhanahu wa Taala menjelaskan bahawa memakan harta anak yatim termasuk dari perbuatan haram yang paling keji. Jadi pelakunya seakan-akan memakan bara api neraka. Allah Subhanahu wa Taala berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)." (Surah al-Nisa: 10)
***Sumber rujukan: Kitab Dosa-Dosa Besar, Fiqh 4 Mazhab, Juzuk 4,5 oleh Syaikh Abdul Rahman al-Jazairi