MELARIKAN DIRI DARI PEPERANGAN (JIHAD)
DOSA BESAR KEENAM: Muslim mana yang tidak mengetahui bahawasanya tindakan melarikan diri dari peperangan dalam melawan musuh yang ingin menodai kehormatan tanah air, agama dan harga diri kaum muslimin, adalah sebagai perbuatan jahat yang paling buruk.
Sikap melarikan diri dari jihad menunjukkan kepada sikap penakut dan lemah. Sementara Islam mendidik seorang muslim agar bersikap pemberani, tegar dan mulia. Selain itu, sikap melarikan diri di hadapan para musuh ketika berhadapan di dalam perang, tentunya dapat menghilangkan kemuliaan umat Islam. ertinya, dengan sikap penakut tersebut, umat Islam menyerahkan kekuasaan kepada musuhnya. Jadi sudah menjadi pilihan seorang muslim untuk hidup mulia dan mati syahid. Kerana mati syahid di jalan Allah S.W.T adalah kehidupan mulia. Allah S.W.T berfirman: "Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. " (Surah al-Nisa: 169)
Oleh kerana itu, Allah S.W.T memerintahkan kepada kita untuk bersikap tegar di hadapan musuh meskipun seberapa kuat senjata mereka dan seberapa jauh kesiapan mereka. ertinya, Allah S.W.T melarang kita untuk melarikan diri dari jihad di medan perang, bahkan menjadikannya sebagai salah satu dosa bear yang menimbulkan murka ilahi dan membatalkan amal perbuatan. Akhirnya, pelakunya pun dapat terjerumus ke dalam api neraka yang disiapkan oleh Allah S.W.T sebagai tempat kembali yang paling sengsara.
Allah S.W.T berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). * Sesiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (sisat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempt kembalinya." (Surah al-Anfal: 15: 16)
Dalam ayat lain, Allah S.W.T berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung." (Surah al-Anfal: 45)
Jadi Allah S.W.T memerintahkan kaum mujahidin untuk bersabar dan tear dalam menghadapi para musuh. Hal itu disebabkan kerana sikap melarikan diri dapat melemahkan kekuatan barisan kaum muslimin dan menimbulkan perpecahan di antara mereka. Dan tentunya hal itu dapat menghalangi usaha bersikap di jalan Allah S.W.T dan dapat menguatkan para musuh.
Selain itu, juga menjadi dosa yang paling dahsyat di dunia dan akhirat. Oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Tala memerintahkan kepada kita untuk bersabar dan banyak menyebut nama Allah Subhanahu wa Taala. ertinya, mereka yang melarikan diri dari jihad di medan perang akan mendapatkan seksa yang pedih, sementara mereka yang mati syahid di jalan Allah S.W.Takan mendapatkan kemuliaan yang tiada taranya di sisi-Nya.
Selain itu, juga menjadi dosa yang paling dahsyat di dunia dan akhirat. Oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Tala memerintahkan kepada kita untuk bersabar dan banyak menyebut nama Allah Subhanahu wa Taala. ertinya, mereka yang melarikan diri dari jihad di medan perang akan mendapatkan seksa yang pedih, sementara mereka yang mati syahid di jalan Allah S.W.Takan mendapatkan kemuliaan yang tiada taranya di sisi-Nya.
***Sumber rujukan: Kitab Dosa-Dosa Besar, Fiqh 4 Mazhab, Juzuk 4,5 oleh Syaikh Abdul Rahman al-Jazairi